Click here for Myspace Layouts

26 March 2011

EFFECT SMOKING FER WOMEN ??~

SEMUA setuju jika dikatakan golongan wanita pada zaman ini lebih maju, berpelajaran dan berjaya. Peningkatan taraf hidup serta kejayaan ini membolehkan mereka mempunyai kuasa maksimum untuk berbelanja dan membuat pilihan membeli apa yang diingini melalui pendapatan yang diperoleh.Namun, di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita itu, dek kemodenan dan peredaran zaman, sama ada kita sedar atau tidak, jumlah pembabitan kaum hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat naik.




Rokok. Kalimah yang sudah tidak asing lagi bagi seluruh penduduk dunia. Usah dibahaskan lagi tentang bahayanya dari sudut kesihatan, semua sudah TAHU. Sehinggakan apabila bertanya kepada pesakit tentang penyakitnya, sudah menjadi soalan WAJIB bagi pengamal perubatan untuk bertanyakan adakah pesakit menghisap rokok atau tidak. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa rokok memang sangat “popular”



Jika difikirkan dengan teliti, andai kata dikatakan RUGI mengharamkan rokok, sebenarnya LEBIH RUGI jika rokok tidak diharamkan dan masih diteruskan penjualannya. Anda MUNGKIN akan rugi sedikit pada masa sekarang jika rokok diharamkan, tetapi anda akan lebih rugi pada masa akan datang jika ia masih tidak diharamkan. Percayalah…

“Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Belas-kasih kepadamu.” (an-Nisa’: 29)
“Jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)



Berubahlah sebelum terlambat. Ummat dunia kelam kabut apabila Islam ditolak dan tidak diamalkan. Jika kita tidak mahu berubah, jangan terkejut, suatu hari nanti, wad hospital juga akan dipenuhi oleh wanita akibat menghisap rokok. Kes-kes keguguran dan anak tidak normal akan bertambah. Dan bermacam2 lagi. Malah, hari ini, mungkin ia “popular” di kalangan perempuan, esok atau lusa, ia mungkin akan popular di kalangan kanak-kanak. Dan, hal ini telah berlaku di Indonesia. Sekadar luahan dan pandangan. Namun, percayalah, anda SIHAT dengan ISLAM




"PADAHAL AKU PON TERGOLONG SAMA . JUST NA PESAN JE . "